Friday, July 6, 2018

Bebas

Bismillah....

Bagaikan semalam,
Terdetik kalimah yang di idam,
Gema menyelubungi alam,
Kalimah 'Bebas'
Rasa syukur terucap di bibir...

Sudah menjadi fitrah insani,
Inginkan kebebasan dalam hidup ini,
Sudahkah kau lupa,
Anak muda berarak menuju Rabia',
Pemuda pemudi berkorban di Gaza,
Demi memperjuangkan kebebasan dan agama...

Sujud syukur kepada Illahi,
Atas nikmat dan kebebasan ini,
Nikmat aman dan harmoni,
Hasil titik peluh dan darah pejuang yang sejati,
Untuk kebebasan anak cucu dan progeni...

Sungguh kita sedang hidup diakhir zaman,
Dimana "Ghazwatul fikr" itu menjadi realiti,
Mengaburi mata dan hati muda mudi,
Menyerang dari pelbagai sudut dan segi,
Benarkah kita sudah bebas?

Hari ini,
Dosa dibangga-banggakan,
Fitnah dan rasuah bertebaran,
Yang nyata salah diagung disokong,
Sedang yang jelas benar dimaki dicaci,
Benar masyarakat kita sedang tenat...

Bangkitlah wahai sahabat,
Jangan lemah kerna diuji,
Bebaskanlah dirimu dan mindamu,
Kerna perjalanan ini masih jauh,
Jangan kerana ingin bebas,
Maruah tergadai,
Sungguh bebas itu 'Anugerah Terindah'...


-------------------------------------------------------------------
050718...
#pengakhiransebuahpemulaan
#bebaskahkita

No comments:

Post a Comment