Thursday, June 14, 2018

Lambaian Ramadhan



Alhamdulillah... Syukur pada Allah untuk segala-galanya.
Dah 29 hari kita berpuasa. Bila cerita pasal hari terakhir Ramadhan ni, memang tak dapat dipisahkan dengan kegembiraan anak2 kecil yang memang tak dapat dinafikan....

 Ada yang dah terbayang berapa 'collection' duit raya depa tahun ni๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„... Ada juga yang tak sabar2 nak berkumpul dengan sepupu2, nak main bunga api bsama2. Nak makan sama2, nak tidur sama2 dan nak lastik dan kejar angsa keliling kampong ramai2....(kesian angsa tiap kali musim raya๐Ÿ˜‚)


Dan bagi yang geng2 dah besar ni ada je projek mereka nak buat time raya....
Orang tua2 cakap bila jumpa ‘gu’(sekepala), memang semua jalan…..
Habis batang paip dibuatnya meriam…๐Ÿ˜ฎ
Ibarat kata, raya ni memang disinilah membuktikan sebuah hubungan kekeluargaan. 



Tahun ni banyak ibrah yang aku peroleh dari sebelum Ramadhan, semasa dan diakhir Ramadhan ni. Sebuah jalurmasa yang agak singkat tapi terlalu bernilai bila dilalui. Pengalaman dan pengajaran yang berharga yang aku pelajari tentang pengharapan, keyakinan, usaha, tawakal dan kesyukuran yang tak terhingga untuk nikmat pemberian dari-Nya.


Kisahnya sebelum Ramadhan, aku diuji dengan meletak pengharapan pada manusia…. Aku tewas dan gagal… Lalu Allah hadirkan jalan dan ketenangan disaat rasa itu mula membarah… (moga makin kuat wahai hati)

Seterusnya kisah diwaktu Ramadhan. Waktu tu aku dengan sahabat2 ku tengah berjuang untuk exam Pro 1. Waktu itu aku diuji lagi dengan keyakinan terhadap diri sendiri…..


Tak payah ceritalah berapa kali aku telefon mak aku , menangis kerana risau tak mampu tanggung ujian ini…..

Sampai mak aku cakap,

 “cuba jadi matang sikit, orang matang ni tak mudah patah bila diuji dengan benda yang dia tak suka”.

Bang… ok, tersentap disitu…๐Ÿ˜ข



Waktu ni juga, keyakinan ku terhadap Allah benar teruji. Pengharapan tu tinggi, tapi kadang2 terlesap dek kerisauan yang memuncak. Namun Allah tidak akan menguji manusia jika manusia itu tak mampu.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
[Al-ankabut:2]

  
Beralih pula pada fasa akhir Ramadhan…

Alhamdulillah, aku berjaya lepas exam Pro 1 tu dengan izin Allah….. Syukur Alhamdulillah….
 Dan kali ini diuji pula dengan kesyukuran terhadap nikmat yang diperoleh.

Benar sungguh berat untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan yang Allah suruh. Moga dipermudahkan bagi kita.

Dan memandangkan hari ni, hari terakhir Ramadhan….
Lambaian Ramadhan kuat terasa hinggakan terasa apa yang akan berlaku lepas Ramadhan nanti….
 Bila sebut ‘Lambaian Ramadhan’, teringat drama Lambaian Ramadhan TV 3 dua tahun lepas.(tak berkait langsung๐Ÿ˜‘)

Kadang2 terasa kosong, macam tak rasa nak raya….

Mungkin sebab bila dah besar ni tak dapat lah kita nak merasa lari-lari main bunga api , main sorok2 dengan sepupu2 sebab sepupu2 dah besar semua dan…
.kena duduk dapur (nampok benor tak ikhlas buat kerja๐Ÿ˜…)

Atau mungkin jugak sebab tak dapat merasa kumpul duit raya banyak (dah bagi hint tu ๐Ÿ˜Ž)

Atau mungkin sebab dah lama sangat raya sorang2 (layankan jelah ๐Ÿ˜˜ wlaupun hambar)

Disebalik kesyukuran Aidilfitri
Lambaian Ramadhan yang kita rindui… Tanyakan pada hati, bisikkan pada telinga…
Adakah iman dan amal kita masih sama macam waktu Ramadhan tempoh hari ?…. Bertambah atau berkurang????

Benar nak istiqamah itu bukan mudah… Bertabahlah wahai manusia, ujian itu memang berat… Kerna ganjarannya Syurga yang tiada tandingan.

Moga kita dipanjang usia, dikurniakan kesihatan dipertemukan dengan Ramadhan tahun akan datang….

“ Ya Allah,janganlah Kau jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Namun andai Ramadhan ini yang terakhir bagiku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi…

Ya Rahman, terimalah semua amal ibadah kami didalam bulan ini…

Ya Wasi’al Maghfirah wal afwu, ampunilah seluruh dosa2 kami, dosa orang tua kami dan dosa orang2 yang kami cintai dan sayangi kerna-Mu Ya Allah…

Ya Mujibbu addua’, kabulkanlah semua doa2 kami…

Taqabbalallahu Minna wa Minkum

-Ramadhan2018-




No comments:

Post a Comment