Tuesday, June 26, 2018

Permata Yang Hilang

Bismillah...

Pernah suatu ketika,
Bumi ini berbangga,
Laungan jelas dan nyata,
Anak muda,
Lantang berbicara,
Kalimah tauhid bergema...

Pernah suatu ketika,
Sebuah tembok megah dan utuh,
Roboh musnah binasa,
Lebur dengan izin-Nya,
Islam tertegak buat pertama kalinya...

Pernah suatu ketika,
Keazaman dan keyakinan kepada-Nya,
Bersandarkan hadis dari Rasul-Nya,
Seorang anak muda menjadi ketua,
Memimpin sebaik tentera,
Digelar sebaik raja...

Pernah suatu ketika,
Perjuangan mempertahankan agama,
Melindung adat dan budaya,
Menjaga kesucian bangsa,
Dipimpin generasi muda,
Bergadai nyawa menentang penjajah durjana,
Menjaga warisan untuk generasi seterusnya....

Namun kini,

Kemanakah pemuda pemudi,
Penyambung warisan legasi,
Kemanakah pemuda pemudi,
Yang akan menjadi tonggak dan pewaris pada bumi bertuah ini...

Janganlah lemah,
Menangis meratap kerana mengenang kekasih,
Bersedih kerna diuji perih,
Mengenang silam yang kelam kabur,
Berputus asa dari rahmat-Nya..

Jangan pula menjadi hamba,
Pada dunia yang sementara,
Mengadai maruah demi kesenangan sedetik cuma,
Melupai adat yang telah berkurun lama,
Mengabai sopan dan kesantunan bahasa,
Mengingkar dan melupakan Allah,
Tuhan Yang Maha Esa

Bangkitlah wahai anak muda,
Sudah tiba waktu dan saatnya,
Bangkit kerana-Nya,
Bersatulah kerna kita bersaudara,
Menjaga kesucian agama dan negara..

Andai agama dijaga,
Islam tertegak dan diamalkan,
Majulah sesebuah negara,
Terpeliharalah warisan bangsa..

Bukankah Melayu pernah berdiri megah dahulu,
Menjadi tumpuan dari Telugu hingga Ryukyu,
Tumpuan pedagang dan juga penuntut ilmu,
Kerna Islam menjadi akar bagi tiap-tiap sesuatu...

Ingatlah sebuah kata keramat,
"Takkan melayu hilang di dunia, jika Islam terus dipelihara"....

Jagalah Allah dalam hati kita,
Jagalah solat khusyukkan hati,
Jagalah hubungan pada ibu bapa dan sesama manusia,
Moga Allah memberkati dan menguatkan hati...

Teruskan berjuang anak muda,
Pertahankan lah nasib agama, bangsa dan agama,
Walau pahit dan perih melatari,
Kerna itulah sumpah dan janji kita pada tanah air kita,
Dan kerna itulah juga bukti usaha kita,
Berjuang kerna Allah...

Bangkitlah wahai anak muda,
Sungguh kau memang berharga,
Kaulah 'permata yang telah lama hilang'...



-------------------------------------------------------------------
260618..
p/s:  Aku sebenar kagum dengan cara orang jepun yang masih menjaga warisan mereka hingga kini... Bahkan mereka mengagungkannya...
Sedangkan kita, apa yang telah kita sumbangkan.....
Benar, Islam bukan hanya untk Melayu.....
Tapi ingat Melayu pernah agung kerna Islam....
#Pesanan untk diri sendiri😊😊

No comments:

Post a Comment