Friday, April 27, 2018

BUTA: Mata atau Hati


Sebuah nikmat yang amat berharga bagi manusia. Namun masih aja manusia mensia-siakan nikmat yang tidak ternilai itu. Bahkan ada juga yang menyalahgunakan nikmat itu.

Apakah Nikmat yang Terbesar itu?

Jawapannya ialah Mata kita....
Nikmat penglihatan yang amat besar bagi manusia...

Tanpanya, hidup manusia takkan sama dengan yang lain. Wujud aje manusia yang dapat hidup tanpa nikmat tersebut. Tapi macam yang aku pernah kata tadi, takkan sama...

Tapi tu tak bermakna mereka tak setaraf dengan kita... tak juga bermakna itu kelemahan atau kekurangan bagi mereka..... Allah itu adil. Dia takkan uji hamba-Nya melainkan Dia tahu hamba-Nya itu boleh hadapi ujian tersebut...


Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

[Al-Baqarah:286]

...................................................................................


Aku sebenarnya tertarik dengan sebuah lagu ni. Lirik dia amat dalam jika di amati. Tajuk lagu tu 'Buta' nyanyian Caliph Buskers ft. Faizal Tahir. Sebuah lagu yang bercorak ketuhanan menceritakan tentang manusia yang cacat penglihatan. Bagi aku lagu ni menarik sebab membuat kita terfikir apakah kita bersyukur dengan nikmat penglihatan yang kita peroleh ni... Dan pada tahap manakah kesyukuran kita pada nikmat mata yang kita peroleh ini.

Lirik Lagu

Pejamkan mata dengarkan saja
Apa di minda

Apakah semua yang zahir dimata
Takkan pernah berdusta
Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan..
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Andai mampu ku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerana mataku yang leka
Membuat ku berdosa

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan..
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan..
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tanpa Kamu, siapalah aku
Tanpa aku, tetap saja Kau sempurna
Dan satu, terangilah hatiku


----------------------------------------------------------------------------------------


Lagu ni ada unsur yang membawa pengajaran yang penting pada manusia. Tak semua manusia menghargai nikmat yang mereka ada. Bahkan mereka sibuk mengintai nikmat orang lain. Nampak tak macam mana pandangan kita pada dunia yang sementara.


Lirik lagu yang benar menyentap hati kalau kita fahami maksud yang penyanyi dan komposer lagu nak sampaikan....

Contohnya:-

Andai mampu ku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerana mataku yang leka
Membuat ku berdosa...


Komposer lagu macam nak sampaikan ini naluri hati seorang yang cacat penglihatan. Adakah dia akan sempurna kalau Allah bagi nikmat tu macam Allah beri pada orang lain. Sedangkan kita yang ada nikmat penglihatan ni pun tak terjaga pandangan kita.

Seterusnya...


Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan..
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya


Lumrah manusia mempunyai harapan dan kemahuan. Dan apabila tiba saatnya manusia akan mula berharap pada Allah. Harapan itu lah akan sentiasa terbit di hati dan dalam doa-doa mereka. Mereka meminta dan berharap agar Allah kabulkan permintaan mereka.

Yang paling 'common' sekali, mereka akan minta...
"Ya Allah, Kau tunaikanlah apa yang terbaik bagi diriku"

Tapi mereka seolah-olah lupa... Doa itu perlu disertakan dengan usaha. Kerna kombinasi doa dan usaha menampakkan kesungguhan kau untuk mendapatkan sesuatu...

Dan satu benda yang manusia selalu LUPA.... iaitu BERSYUKUR dengan apa yang kita peroleh.
Kita berharap pada Allah supaya kita dikurniakan yang terbaik...
Maka Allah kabulkan.
Tapi sudahnya kita pandang sebelah mata je kurniaan tu. Tak semua yang kita nak tu terbaik buat kita.

Dan jangan tengok nikmat orang sampai kita rasa kita rasa teruk sebab nikmat tak sama dengan orang lain. Nampak tak macam mana kita balas kurniaan itu. Macam mana kita letak dunia pada hati kita.

Moga kita tak terlupa untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita peroleh.
Moga kita dikalangan hamba-hambanya yang bersyukur.
Amiin.


“Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”

[Al-Hajj:46]




No comments:

Post a Comment